Pages

Monday, May 4, 2015

Bayi tidak BUANG AIR BESAR? Bahayakah???

Ehmm..ni perkara yang saya risaukan sejak petang semalam..seingat saya, Aufa tak buang air besar dari pagi semalam sampai petang ni..padahal saya da kerap susukan Aufa..kita dah biasa dia kerap buang air besar, tiba-tiba tak membuang risau pula rasa hati ni..saya tanya parents saya, jawapan mereka itu NORMAL..asalkan baby tak meragam, takde masalah..first time mother..hihi~

Kebetulan, malam ni masa tengah tengok-tengok email, terbaca berkenaan perkara ni.. walaupun masalah saya dah settle da pun petang tadi (Alhamdulillah) saya nak juga kongsikan dengan anda semua..benda baik,kan..


Katanya, baby tak buang air besar tiga hari normal.. tak perlu beri ubat, hanya tambahkan kekerapan penyusuan..tapi kalau lebih tiga hari, ada beberapa tips yang dikongsikan.. maybe ada mak-mak kat luar sana yang ada masalah ni boleh cuba pada baby masing-masing..

Caranya seperti yang tertera di bawah..jeng jeng jeng!

1. Menggerak-gerakkan kaki bayi secara perlahan
Baringkan bayi, kemudian pegang kedua pergelangan kakinya secara perlahan. Setelah itu, gerakkan secara perlahan seolah-olah sedang kayuh basikal. Aktiviti ini akan merangsang usus besar bayi bagi melancarkan pembuangan najis.

2.  Urutan pada perut bayi
Disyorkan para ibu supaya mengurut perut bayi secara perlahan-lahan dengan menggunakan minyak bayi. Hal ini akan membantu membuang angin dan melegakan perut bayi,sehingga mereka dapat membuang najis dengan mudah dan lancar.

3. Madu asli dicampur air suam
Selain susu ibu, boleh juga diberikan satu sudu kecil madu asli yang dicampurkan dengan satu cawan kecil air suam. Terpulanglah samada nak berikan guna botol susu atau disudukan ke mulut bayi.

4. Rendam bayi ke dalam air suam
Mandikan dan rendamkan bayi ke dalam air suam kerana ia dapat menyegarkan bayi sekaligus melegakan perut bayi.


Semoga perkongsian ni member manfaat pada anda semua! 

Saturday, April 25, 2015

Anakku sayang

Mum-in-law tanya apa perasaan dah ada anak? Hoho.. ku hanya mampu tersenyum dan jawab “entahla maakkk..kadang-kadang macam tak percaya yang dah ada anak..sometimes macaaamm oh, ok, da ada anak daaahh.. hihi”. Mum-in-law cakap macam tu lah perasaan mak kita.


Sekejap je masa berlalu..rasa macam baru semalam Aufa ada dalam perut umi.. rasa nak masukkan Aufa dalam perut balik..sentiasa bersama ke mana sahaja..sekarang tengah berfikir, kurang dari sebulan lagi nak habis cuti berpantang..mesti umi rasa rindu kat Aufa bila da start kerja nanti..sejujurnya, saya ingin menjadi orang pertama yang tahu perkembangan Aufa..semoga Allah perkenankan untuk saya menjadi suri rumah bekerjaya suatu hari nanti dalam masa yang terdekat..Aamiin~


Sebab tu salah satu usaha saya buat masa ni saya bernekad mahu susukan Aufa sehingga umurnya 2 tahun..(semoga Allah permudahkan dan perkenankan)..semoga dengan usaha kecil ini sedikit sebanyak mendekatkan hubungan ibu dan anak (bonding-time) especially masa direct BF kan Aufa..


Saya consume Set Menyusu Shaklee sebagai usaha untuk menjayakan misi ni.. bagi mommies yang dah usaha macam-macam untuk tambah susu, tapi masih belum nampak hasilnya, jangan down dan jangan bimbang..setiap anak ada rezekinya masing-masing..susu tak semestinya banyak yang penting berkualiti dan boleh buatkan anak puas dan kenyang..sentiasa doa semoga Allah beri rezeki susu yang mencukupi untuk anak kita..aamiin~ insyaAllah, Allah perkenankan J yang penting kita berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak kita..

Di sini saya kongsikan salah satu tips untuk tambah susu, sentiasa pam susu..lagi-lagi kalau anak tak hisap..jangan biarkan sampai jadi bengkak susu! Ibaratkan macam flush..bila kita tarik, air akan keluar dan tong akan kosong..so after that air akan bertambah semula, rite?

Macam tu juga dengan formula penghasilan susu..bila payudara kosong, signal akan hantar ke otak untuk hasilkan lebih banyak susu..amalkan konsep demand-and-supply..semakin banyak permintaan, semakin banyak pengeluaran..susukan anak 2-3 jam sekali atau jika anak tidak mahu menyusu, sila pam..

Selamat menyusukan anak sehingga 2 tahun!

Semoga kita sama-sama Berjaya! Aamiin~ J

Thursday, February 19, 2015

Bahaya Hamil Anggur?

Siapa tidak bahagia jika disahkan hamil setelah sekian lama menanti sebagai bukti cinta dan kasih pasangan suami isteri. Tetapi bagaimana pula jika kandungan itu hanyalah "Hamil Anggur"?

Tahukah anda apa itu "Hamil Anggur"?

Hamil anggur adalah keadaan dimana janin yang dikandung tidak berkembang dengan sempurna sepertimana yang diharapkan.

Dr. Dharmini Veerakumaran, Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya berkata, kehamilan anggur ialah hamil yang tidak menjadi dimana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu seperti anggur.

Katanya, "Pada peringkat awal wanita yang mengalami kandungan anggur akan menunjukkan tanda-tanda kehamilan yang melampau seperti muntah teruk dan akhirnya mengalami pendarahan dan gejala-gejala lain yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena."

Seharusnya perlu diingatkan kepada kaum wanita agar berhati-hati kerana kehamilan anggur boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mempunyai implikasi jangka masa panjang yang serius jika tidak mendapat rawatan segera dan pemantauan berkala. Kajian terkini mendapati wanita yang kekurangan Vitamin A (Karoten) lebih cenderung mendapat kehamilan anggur ini dan ianya berlaku kira-kira 1 dalam 1,500 kehamilan dilingkungan umur antara 20 atau lebih 35 tahun.

Kehamilan anggur berlaku apabila terdapat masalah dengan maklumat genetik yang terletak di kromosom dalam telur tersenyawa. Kebiasaannya, telur yang disenyawakan oleh kehamilan normal mengandungi 23 kromosom daripada bapa dan 23 daripada ibu tetapi berbeza pula dengan kehamilan anggur, terdapat kelainan dimana pembahagian sel tidak berlaku dengan sempurna.


Rujukan : 
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140706/kn_02/Bahaya-hamil-anggur#ixzz3A68NYR77

Saturday, December 6, 2014

Pengalaman mengandung

Semalam dalam kereta entah macamana berborak dengan suami, boleh pulak bukak cerita pasal fasa-fasa awal mengandung kan..saya ni memang suka bab bercantik-cantikan ni tapi sejak awal mengandung aritu memang tak payah cakap la, memang serabai habis.. haha.. kalau ikutkan nak je mintak suami belikan tudung sarung banyak-banyak, tak larat nak gosok tudung. Mujur baju kerja T-Shirt seragam company je..

Mual dan pening tu memang tak payah nak cakaplah, bau satu benda pun tak boleh.. bau ubat gigi tak boleh, bau sabun mandi tak boleh, bau minyak wangi tak boleh, bau rokok yang memang sejak azali tak suke bau tu, lagilaaaa..dari jauh lagi da boleh bau! hidung ni jadi sensitif yang amat..bau makanan tak boleh..semua serba tak kena..sampaikan bau suami sendiri pun tak boleh (minta maaf ye sayang, saya bukan nak pun benda ni berlaku.. hihi)

Rase stress juga sebab buat kerja pun takde mood..tak larat yang amat..jeles dengan orang yang rilek je time pregnant..kita ni jadi melepek dan mood swing..pastu dengan keadaan sekeliling ada yang tak faham keadaan kita ni macamana, sampaikan ade suara-suara yang tak enak cakap "alahai, orang lain pun mengandung jugak!".. hmm.. itu no komen la..Allah tak uji dia dengan benda-benda yang kita lalui, mungkin fasa mengandung dia tak seteruk fasa kita..Moga Allah ampunkan dosa dia..kita pun bukannya nak kan? ade orang mengandung mudah, ada orang yang mengandung macam-macam alahan..so anda kena faham, bukan semua pengalaman orang mengandung sama dan jangan samakan apa yang anda rasa dengan ape yang orang rasa..

Walaubagaimanapun, saya sangat bersyukur,,Alhamdulillah, suami dan keluarga sangat memahami dan bagi dorongan kuat..ikutkan memang nak cuti 3 bulan tanpa gaji je! Terima kasih suami beri kekuatan yang tak terhingga dan selalu memotivasikan diri ini.. tak lupa juga buat abah dan mak dan ahli keluarga serta keluarga mertua..I love you all..memang betul, ada situasi yang hanya orang-orang tersayang dan yang terdekat je memahami especially suami dan family.

Makan pulak, takde la nak mengidam sangat pun..tekak ni lebih banyak tak lalu makan dari lalu makan..tapi kekadang tu kalau nak makan something, tak hingat..nak makan ikan bakar la, bubur ayam la, nasi lemak kukus la..nampak cam simple, tapi bile time nak tu lah jarang ada or tak jumpa..kalau jumpa pun lambat..saya pun takdela nak beriya sangat..sekadar teringin je.. hihi~ suami cakap nasib baik la tak mintak daging kijang ke, daging unta ke.. ngee~

Lepas 3 bulan masuk ke 4 bulan alhamdulillah morning sickness beransur pulih dan boleh jalani rutin harian dengan normal.. kini saya rasa lebih ceria! hihi~ 

Ok, sepanjang pregnant ni anda boleh la dapatkan SET KEHAMILAN anda untuk membantu anda lebih sihat dan bayi anda berkembang dengan lebih baik..


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di gambar :)
ALAMAK!! gambar keciklah pulak..
Ok, la.. ni contact number (Call/SMS/Whatsapp : 012-3473350)

Nite dear :)

Tuesday, November 25, 2014

Teruknya muka dia!!

Ok, perasaan ni saya alami masa saya dihinggapi penyakit jerawat satu ketika dahulu..
Chewahh..macam lame sangat je kan?

Saya tak tahu kenapa habis je study dan start praktikal, muka naik jerawat..mula-mula sikit lepas tu lama-lama jadi bukit.. sampai mak dengan abah pun risau.. macam-macam cara apply, macam-macam produk cuba tapi masih lagi makin hari makin bertambah..kalau pergi mana-mana mesti ada suara sumbang yang tegur: 

"Eh, kenapa dengan muka kau ni?"

"Eh, apesal muka kau teruk sangat ni? Dulu takde jerawat pun?"

"Eh, makin teruk muka kau ni.."

"Hah! berangan je kerjanya, manelah muka tu tak naik jerawat!"

"Eh, dari jauh dah nampak kau punya parut jerawat"

"Ni gatal sangat nak kawen, tu yang naik jerawat tu"

Dan macam-macam lagi kata-kata yang membuatkan saya down dan terus down..
Seriously, masa tu memang rasa rendah diri yang amat! nak jalan angkat muka pun malu..
Kalau ade event ape-ape saya lebih rela mengelak dari hadir sebab nak elakkan jumpa dengan orang..lagi-lagi kawan masa tempat belajar..sebab saya malu yang amat!!
Mulalah masa tu rindukan wajahku yang dulu; halus, mulus, suci, bersih.. hihi..

Abah dan mak penguat saya.. abah selalu cakap, "anak abah ni kan comel..sape yang cakap tak cantik tu?"
Mak pulak "jangan dok pikir sangat..lagi dok pikir lagilah susah nak elok"
Padahal, saya tahu sebenarnya mak dengan abah turut risaukan keadaan saya..

Dari satu produk ke satu produk yang lain..semua saya cuba..nak baik punya pasal sampai saya give up!Macam-macam dok tepek kat muka ni..pakai bedak tebal konon nak tutup parut dan jerawat padahal memang da sedia maklum, pakai bedak lagi buatkan kulit tak bernafas dan lagi susah nak elok..tapi nak buat macamana? saya malu..

Lepas tu saya jumpa Shaklee.. (masa tu masih ada dan boleh lagi beli set trial..la ni, tak boleh da ok..kalau ade yang jual, kena terminate keahlian serta merta!).. Mula-mula saya beli ESP lepas tu baru beli set trial untuk kulit tu..

Ternyata, saya jatuh cinta dengan Shaklee bermula dengan ESP..sebab ESP saya boleh telan dan tak muak..before ni saya ada try satu produk yang ya ampuuunnn..memang ku tak mampu nak repeat order..kering poket sampai terpaksa pinjam duit kawan nak bayar..dan tak kena dengan tekak saya..maybe orang lain suka la..tapi saya kureng..
Shaklee yang saya suka ni sebab saya boleh telan, kena dengan tekak, harga yang sangat berpatutan dan yang penting, ianya semulajadi!! Ok, kat sini saya taknak membezakan lebih-lebih antara Shaklee dengan yang lain sebab masing-masing ada kelebihan dan kebaikan tersendiri..

Masa saya start try ESP Shaklee ni tahun 2012 sebab memang viral asyik-asyik post kat Facebook pasal ESP, ESP,,best sangat ke? Saya pun start la misi mencari maklumat.. Dan akhirnya mengambil keputusan untuk mencuba,, Bila da cuba, memang best pun ESP ni..tu yang sampai termerebak beli trial set untuk kulit pulak!

Ni gambar saya masa dolu-dolu..tengok tu, dari jauh da nampak parut dia..padahal saya manusia yang sangat suka bergambar..punya lah down sampai saya jadi tak suka nak bergambar sebab sedih dengan kulit wajah sendiri..sobs..sobss...


Sebab tu kalau ada kawan-kawan yang ada masalah kulit wajah saya memang sangat suka membantu sebab saya pernah mengalaminya.. So, saya faham apa perasaan mereka..

Need my help? Don't hesitate to contact me ok dear..
Semua orang berhak untuk kelihatan cantik dan memiliki kulit yang sihat..

Lepas ni saya akan kongsikan kebaikan ESP dan Set Cantik Shaklee ape yang ade ok..!


Monday, November 24, 2014

Taraaaa.. bisnes kad da siap!

Alhamdulillah..

Bersyukur kepada Allah yang memberikan segala kekuatan dan semangat berkobar-kobar terlebih hari ni..saya update first status as SID dan design business card..

Awatnya la susahkan diri dok design business card..kan ke ramai je designer..bayar jela kat diorang..hang buat bukannya cantik pun..
Eh, biarlahhh.. yang penting saya happy sangat dengan usaha saya..thanks juga to my lovely hubby berkongsi idea untuk business card ni :)



Ok, sekarang blog da ada, business card da design (just nak hantar gi print)..lepas tu boleh distribute..after this boleh ambil masa untuk design blog dan cover photo kan?

Meh saya belanja sikit pasal Ostematrix untuk anda yang sedang mengandung..Kalsium seeloknya diambil bersama Magnesium sebab Magnesium membantu Kalsium lebih mudah untuk diserap.. So, pastikan Kalsium anda lengkap dengan Magnesium macam Ostematrix Shaklee ni ok.. Tak payah nak makan banyak-banyak. Cukup satu jenis je tapi lengkap.

Seeloknya Ostematrix diambil sebelum tidur kerana kadar penyerapan ketika tidur lebih tinggi..



Ok, selamat malam semua.. :)

Sunday, November 23, 2014

Kini aku adalah SID

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalau before ni saya lebih suka baca blog orang, kali ni saya tampil dengan blog saya sendiri yang dah bertahun bersawang. Tengoklah sendiri last post tahun berapa tu? Tulis pun merepek2 je..hihi~

Mengambil cabaran untuk ada blog sendiri..bile da buat bisnes ni kan, lagi2 nak serius berbisnes. Kenalah mula dari sekarang!

Asalnya sangat confius nak buat baru atau nak "jalan" je blog yang sedia ada ni.
Last sekali ambil keputusan untuk teruskan je dengan ape yang ada disamping perbaiki dan edit mane yang perlu.

Pening gak tengok setting yang baru ni..Almaklumlah, lame da tak berkecimpung dalam dunia penulisan.. So, saya berazam akan memperbaiki sistem penulisan mulai saat ni agar u olls yang bace takdela boring sangat..Ye dak? Saya kena study lebih pasal dunia blog..Semoga Allah permudahkan..

Selamat membaca post2 akan datang dan semoga anda semua dapat mengambil manfaat dengan ape yang saya kongsikan..


With luv, 
Radhiah Abu~